qomiqzero..

Coretan Picisan..

Selamat Panjang umur...

18 Jun 2008 ( Khamis ) hari jadi Insan yang sangat istimewa dalam hidup aku. Hehhehehe.. Jadi dari pagi lagi aku dah wish pada si dia. Memandangkan masing-masing sibuk dengan kelas, maka sambutan pun hanya dapat kubuat pada belah petangnya saja. Ini kiranya sebagai balasan atas apa yang telah dia lakukan padaku. She is really a nice person, humble and very-very understanding . Aku tak dapat nak hadiahkan yang mahal-mahal.. cukup sekadar satu momento yang boleh diingati olehnya.. harapnya dia terima hehehe.. ni ada sket gambar-gambar masa celebrate hari tu. yang lain aku simpan la.. memori tue..

Sabar je tunggu oder..

Tengok kek pun da tahu makan kat mana..

dia oder yang nih..

Aku yang nih.huhuhu....


Thanks sayang...

My Artwork



 hehehe. Rabu lepas ( 10 Jun 2009 ) aku beli scanner +printer HP, huhu.. pasni  bolehla scan dan upload gambar-gambar n ilustrasi yang dah aku buat.) Kat atas ni contoh nye... More to come! stay tune !

My best friends wedding...

Phew.. semalam ( 11 Jun 2009 / Khamis ) separuh dari masa ku dihabiskan dengan memandu. Ke Penang pulak tu, hehehe. ke sana sebab member rapat kawin.Jannah namanya. gambarnye tak dapat la nak upload sekarang ni lain kali la eh..)


SEHARI DI MELAKA






Semalam ( 07 Jun 2009 ) aku seharian berada di Melaka. Sebab musabab yang utamanya tentulah jadi penanggah kepada majlis kahwin dua pupu aku ( yang selama ni aku tak pernah kenal pun ) Memang semalam saudara mara belah ayah ramai berkumpul menjayakan majlis ni. Aku pun turut sama. Letih memang letih sementelah aku datang 'bertugas ' semenjak Sabtu lepas.Semua kerja aku sapu.heheehe..melapah daging,goreng-menggoreng, kacau-mengacau, you name it, tinggal tak buat pelamin je lagi.hahaha.

So semalam pas penat bekerja, badan pun dah  stat sakit-sakit, terlintas nak jalan-jalan di Melaka ni , lagi pun bukan selalu turun Melaka. Kenduri tu kat Balai Polis Gadek dalam area Alor Gajah kalau tak silap aku. Jadi ada sedikit kelapangan, aku start enjin, aku memecut meninggalkan majlis tu kejap, ronda-ronda la Melaka...
Mulanya aku ke pusat bandar.Pagi tu sesak la jugak, almaklumlah hujung minggu. Aku tak berhenti manapun, sekadar pusing -pusing sampai Stadhuys then aku terus gerak ke tempat lain. ..Tanjung Bidara.
Tanjung Bidara ni dalam area masjid tanah kot.dari rumah 2 pupu aku, perjalanan ambil masa kira-kira setengah jam je. Oh ye..Tanjung Bidara ni sebelah je dengan Kem Askar ..Kem Terendak. Sampai sana , bayar parking 2 ringgit.Ramai jugak orang tapi tak seramai umat di Pantai Port Dickson. Ok la, cuma Tanjung Bidara ni macam tersorok sikit, pantai dia pun so-so je tapi pesisir dia tak ubah macam Teluk Cempedak, ..Masih ok la, kalau nak bawak famili berkelah, tenag aje...)

        

Menyudahkan apa yang belum sudah..



Hm... dah lama tangan tak pegang pensel..melukis, sepanjang masa di sekolah, habiskan masa dengan tuntutan kerja serta akauntabiliti terhadap anak murid,huhuhu..entah bila la masa nak sambung balik komik yang dah tertangguh.Kalau pempuan pregnant, da bersalin dah.Punyela lama tak update komik.

Tapi itu tak bermakna minat melukisku dah padam.tidak sama sekali, :) Harap-harapnya cuti mid term ni bolehla siapkan kerja-kerja tertangguh tu.heheh.
Aku nak upload ilusrasi yang aku dah buat. Sekadar nak berkongsi dengan pembaca di luar sana..Entah bila la.. InsyaAllah..Baru-baru ni aku ada surf ImaginaryFriends Studio nyer web pages. Huhuhu.. gile pro diorang ni.Kreativiti orang selalu membuatkan aku bermotivasi untuk melukis lagi. Nanti aku kan post kan ilustrasi yang  aku hasilkan sendiri.( 2 pun kalau scannerku berfungsi lagi..huhuhu..)  


doa dan usaha....perkara yang seiringan..

Doa dan usaha adalah perkara yang seiringan. Doa tanpa usaha umpama mimpi di siang hari. Sepanjang aku ke mesjid mendengar khutbah, barangkali khutbah inilah yang paling mengesankan kepadaku. Ia membuatku berfikir sejenak,menilai kembali perjalananku selama ini, apa yang telah aku lakukan, apa yang telah dicapai , apa yang telah terlepas... sementelah umurku menganjak ke 27 tahun, Cukupkah aku berusaha selama ini..? Cukupkah apa yang kulakukan untuk orang-orang di sekelilingku... Cukupkah aku dan bekalan akhiratku...Cukupkah aku mengisi ruang-ruang 'kosong' dalam fragment hidupku...?  Terlalu banyak soalan..Ya Allah..moga bimbinganmu sentiasa menemani langkahku... 

Mengenai Saya

Foto saya
Seremban, N.Sembilan, Malaysia
Aku teruja dengan seni, tapi aku juga teruja dengan banyak benda lain.hehehe

Pengikut

Labels