kerja lama, terkini dan akan datang..
Apocalypse Now.
Assalamualaikum, Post kali ini agak berbeza kerana aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku menonton National Geographic Channel episod Apocalypse: World War Two. Sepanjang 6 episod yang dipaparkan, aku mengikutinya dengan minat untuk memahami apa sebenarnya WW2.Bagaimana ia bermula, bagaimana ia berterusan dan bagaimana ia berakhir. Yang menariknya Footage cerita ini adalah footage yang tidak pernah dipaparkan , -yang membuatkan siri ini sangat wajar dan perlu untuk ditonton. Memang banyak siri berkenaan Perang Dunia ke-2 telah diterbitkan, tetapi perspektif yang ditonjolkan kadangkala mewakili satu-satu pihak sahaja dan berkepentingan politik.Namun siri ini memfokus pada bagaimana ia terjadi dan perjalanan perang itu yang kemudiannya mencorak perjalanan dunia.
PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN...
Apakah perkara yang mengembirakan bagi seorang guru... Hm bagi aku bila melihat murid-muridku. hm... kadangkala terdetik juga rasa bosan apatah lagi setiap hari melayan karenah mereka yang kadang kala psiko..Tapi setiap kali rasa bosan itu menjengah, pasti ada perkara baru yang berlaku yang menyebabkan aku kembali bersemangat mengajar dan melayani mereka...
Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 2 minggu ini. Hujung minggu yang lepas (17/10/2009 ) Aku dan Syib ke Kuala Krau Pahang menghadiri majlis perkahwinan senior nya. Kemudian dalam minggu ini pula sekolah sibuk dengan program RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ) .RIMUP pada kali ini agak sedikit berbeza kerana ada penyertaan dari pelajar SDN Percontohan Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia. Peluang yang ada digunakan semua pihak untuk mengenali lebih lanjut pelajar-pelajar luar negara. Ini Ada beberapa keping gambar aktiviti tersebut.