qomiqzero..

Coretan Picisan..

assalamualaikum.

lama tak update blog.Nampaknya kecenderungan menulis panjang lebar terpaksa dikurangkan selepas ini.sekarang alu dalam perancangan mewujudkan satu lagi blog khusus untuk himpunan hasil karya aku,dahuku,kini dan akan datang..nantikan lah ye.

kerja lama, terkini dan akan datang..





Hehehe. Ni sebahagian hasil kerjaku. aku jarang mempunyai masa untuk menghasilkan kerja yang lengkap terutamanya komik. Setakat ni hanya 3 kali je karya aku dah di publish di GEMPAk. kerja sebagai guru harus aku dahulukan.Melukis selalunya kulakukan apabila ada kelapangan sahaja. Apa-apapun enjoy je la eh kerja aku nie. segala komen amat dialu-alukan.

Apocalypse Now.

Assalamualaikum, Post kali ini agak berbeza kerana aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku menonton National Geographic Channel episod Apocalypse: World War Two. Sepanjang 6 episod yang dipaparkan, aku mengikutinya dengan minat untuk memahami apa sebenarnya WW2.Bagaimana ia bermula, bagaimana ia berterusan dan bagaimana ia berakhir. Yang menariknya Footage cerita ini adalah footage yang tidak pernah dipaparkan , -yang membuatkan siri ini sangat wajar dan perlu untuk ditonton. Memang banyak siri berkenaan Perang Dunia ke-2 telah diterbitkan, tetapi perspektif yang ditonjolkan kadangkala mewakili satu-satu pihak sahaja dan berkepentingan politik.Namun siri ini memfokus pada bagaimana ia terjadi dan perjalanan perang itu yang kemudiannya mencorak perjalanan dunia.

Topik sejarah sememangnya sangat mengujakan bagiku. Entahla. sesetengah orang merasakan ianya membosankan tetapi jika dinilai dari sudut estetika, banyak perkara yang boleh dititip dan dijadikan pengajaran. Dokumentari ini memaparkan bagaimana ambisi, sikap paranoid dan nafsu manusia mengheret dunia ke kancah peperangan. Bennito Mussolini dan Adolf Hitler adalah sebahagian daripada manusia-manusia yang berhati rakus yang mengubah senario politik dunia pada waktu itu. Sesungguhnya peperangan sangat mengerikan dan menakutkan. Jutaan nyawa terkorban, kerugian yang tidak dapat dibayangkan, namun kehilangan yang paling besar adalah hilangnya nilai moral dalam hidup manusia yang bertamadun.
Bila dalam situasi perang, sebenarnya nilai kemanusiaan ditolak ketepi.Pihak yang teraniaya tentu akan mebalas dendam pada pihak yang menganiaya.Kitaran psikologi ini berterusan dan akhirnya tidak membawa apa-apa kebaikan. Jika dilihat senario sekarang,Kuasa dunia kini bersifat unipolar dimana Amerika Syarikat muncul kuasa ketenteraan yang sangat dominan . Pihak Russia dan China sentiasa memajukan dan melakukan pemodenan ketenteraan mereka. Adalah tidak mustahil satu hari nanti akan munculnya "fuhrer" seperti Adolf hitler,Diktator seperti Stalin serta pembuli seperti JWW Bush dan dunia sekali lagi terheret ke kancah kegelapan. tanda-tandanya sudah mulai kelihatan..

PERKARA YANG MENGEMBIRAKAN...



Apakah perkara yang mengembirakan bagi seorang guru... Hm bagi aku bila melihat murid-muridku. hm... kadangkala terdetik juga rasa bosan apatah lagi setiap hari melayan karenah mereka yang kadang kala psiko..Tapi setiap kali rasa bosan itu menjengah, pasti ada perkara baru yang berlaku yang menyebabkan aku kembali bersemangat mengajar dan melayani mereka...
Memang...mengajar Pendidikan Khas mudah.... Mudah marah..Mudah kecewa...Mudah sedih... namun aku takkan Mudah putus asa.... Amat sukar untuk merasa gembira... Namun aku mahu melihat muridku gembira. Hari mereka dipenuhi senyuman..Pulang dengan kepuasan... Mengajar mereka membuat aku mengenali kekurangan diri dan seterusnya bersyukur dengan kesihatan yang diberi.Alhamdulillah..5 tahun sudah berlalu..kini aku masih lagi mendidik mereka yang berkelainan upaya ini.Semoga aku sentiasa diberi kekuatan untuk mendidik anak bangsaku ini.. InsyaAllah..


Banyak perkara yang berlaku dalam tempoh 2 minggu ini. Hujung minggu yang lepas (17/10/2009 ) Aku dan Syib ke Kuala Krau Pahang menghadiri majlis perkahwinan senior nya. Kemudian dalam minggu ini pula sekolah sibuk dengan program RIMUP ( Rancangan Integrasi Murid Untuk Perpaduan ) .RIMUP pada kali ini agak sedikit berbeza kerana ada penyertaan dari pelajar SDN Percontohan Bukittinggi Sumatera Barat Indonesia. Peluang yang ada digunakan semua pihak untuk mengenali lebih lanjut pelajar-pelajar luar negara. Ini Ada beberapa keping gambar aktiviti tersebut.










gambar2 hari raya dan yang terkemudian...

Masa nak dekat raya hari tu, sekolah ku ada buat sikit gotong royong buboq lamboq.hehehe




yang best sekolah ni, cikgu2 n kakitangan memang rajin wat keje2 mcm ni.




Tu dia.. time ni kene jaga betul2 kalo tak nanti dia melimpah limpah.huhuhu



Ha..ni takde kenemengena dengan gambar diatas cuma ni la gambar anak buaku yang ke dua.
Baru je tengok dunia.Nurfarhana Humairah...


comei.... sekian.

Bila ku ada kelapangan....



Assalamualaikum. Hm..heheheh=) lame betul tak menulis ni. Almaklumlah, faham ajela keje cikgu nie tak menentu masa lapangnye, Sepanjang tempoh senyap ni, macam-macam perkara yang berlaku, nak dicoretkan memang terlampau banyak. Sekarang ni pun adala skit masa untuk menulis.La nie orang dok bimbang tentang H1N1,em..kat luar sana tu keadaan nampak cam tak ada pape je tapi sebenarnya kualiti kesihatan makin lama makin menurun.Sekarang pun dekat sekolah dah ramai ( kalau tidak pun semuanya ) yang pakai topeng muka.Cikgunye pun ikut sekali.huhuhu.sabo je la.xpelah....langkah pencegahan.

hujung minggu lepas, ada la masa untuk blajar mewarna guna photoshop7.0. kenapa tak pakai PS terkini? hem..yang lama dan yang baru pun lebih kurang sama je cuma yang baru tu lebih advance,biasela..yang older version pun tak master lagi.huhuhuhu. So kat sini ada ku sertakan sekali contoh-contoh kerja.baru start warna.nanti kalau ada update aku add lagi.huhuhuhu.


Yang ni original artwork. pas scan terus masukkkan dalam PS. Seingat aku ni aku lukis masa aku kat MPIK, guna pen teknikal.Mahal pen tu tapi sayangnye da clogging pastu rosak. baru brape kali je pakai,..sejak tu aku jaga semua pen yang aku beli betul2.huhuhu.


Haa..yang ni versi yang baru nak warna.Aku banyak blajar tips dari Gempak nyer Tutorials, artis2 dalam Devianart, dan majalah imaginary FX tu.( Dalam DVD Free yang dia bagi ).Warna tak habis lagi.Step-by-step la ye tak?..nanti aku update lagi... Tunnggu... Assalamualaikum

Mengenai Saya

Foto saya
Seremban, N.Sembilan, Malaysia
Aku teruja dengan seni, tapi aku juga teruja dengan banyak benda lain.hehehe

Pengikut

Labels