qomiqzero..

Coretan Picisan..

Apocalypse Now.

Assalamualaikum, Post kali ini agak berbeza kerana aku nak berkongsi sedikit pengalaman aku menonton National Geographic Channel episod Apocalypse: World War Two. Sepanjang 6 episod yang dipaparkan, aku mengikutinya dengan minat untuk memahami apa sebenarnya WW2.Bagaimana ia bermula, bagaimana ia berterusan dan bagaimana ia berakhir. Yang menariknya Footage cerita ini adalah footage yang tidak pernah dipaparkan , -yang membuatkan siri ini sangat wajar dan perlu untuk ditonton. Memang banyak siri berkenaan Perang Dunia ke-2 telah diterbitkan, tetapi perspektif yang ditonjolkan kadangkala mewakili satu-satu pihak sahaja dan berkepentingan politik.Namun siri ini memfokus pada bagaimana ia terjadi dan perjalanan perang itu yang kemudiannya mencorak perjalanan dunia.

Topik sejarah sememangnya sangat mengujakan bagiku. Entahla. sesetengah orang merasakan ianya membosankan tetapi jika dinilai dari sudut estetika, banyak perkara yang boleh dititip dan dijadikan pengajaran. Dokumentari ini memaparkan bagaimana ambisi, sikap paranoid dan nafsu manusia mengheret dunia ke kancah peperangan. Bennito Mussolini dan Adolf Hitler adalah sebahagian daripada manusia-manusia yang berhati rakus yang mengubah senario politik dunia pada waktu itu. Sesungguhnya peperangan sangat mengerikan dan menakutkan. Jutaan nyawa terkorban, kerugian yang tidak dapat dibayangkan, namun kehilangan yang paling besar adalah hilangnya nilai moral dalam hidup manusia yang bertamadun.
Bila dalam situasi perang, sebenarnya nilai kemanusiaan ditolak ketepi.Pihak yang teraniaya tentu akan mebalas dendam pada pihak yang menganiaya.Kitaran psikologi ini berterusan dan akhirnya tidak membawa apa-apa kebaikan. Jika dilihat senario sekarang,Kuasa dunia kini bersifat unipolar dimana Amerika Syarikat muncul kuasa ketenteraan yang sangat dominan . Pihak Russia dan China sentiasa memajukan dan melakukan pemodenan ketenteraan mereka. Adalah tidak mustahil satu hari nanti akan munculnya "fuhrer" seperti Adolf hitler,Diktator seperti Stalin serta pembuli seperti JWW Bush dan dunia sekali lagi terheret ke kancah kegelapan. tanda-tandanya sudah mulai kelihatan..

0 ulasan:

Catat Ulasan

Mengenai Saya

Foto saya
Seremban, N.Sembilan, Malaysia
Aku teruja dengan seni, tapi aku juga teruja dengan banyak benda lain.hehehe

Pengikut

Labels